Tuesday, 26 February 2013

rUang~


Assalamualaikum...
hari ini masih kekal lagi nikmat Islam dan Iman yang ALLAH berikan kepada hambaNya.
Alhamdulillah..
kadang-kadang terasa malu diri ini,
tatkala ALLAH hadiahkan nikmat Islam dan Iman
sejauh manakah kita menggunakannya??

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan" - ArRahman-

berulang-ulang kali Allah mengulangi ayat itu dalam surah ar-Rahman.
ALLAH....malunya kita pada Tuhan yang menciptakan kita..
bongkaknya kita..amalan yang kita buat
tak setanding nikmat yang ALLAH berikan..

itulah kita..itulah manusia..dan itulah juga aku..
menumpang dibumi ALLAH..

kadang-kadang terfikir sendirian.
musafir perjalanan seorang diri..
mengharap redha Allah yang dicari..

dan itulah tujuan hidup ini....
maka ya ALLAH..
berikan satu peluang, utuk aku menjadi hamba disisi Mu..
seorang pejuang agama Mu..
seorang yang berbakti untuk Islam Mu..
Ya ALLAH permudahkanlah langkah ini..

hanya pada Mu aku berharap..

"selagi ada ruang..berjalan tanpa henti"...























Friday, 1 February 2013

solehahkah aku?

Assalamualaikum....
bagaimana iman mu hari ini?
adakah naik atau pun masih lagi di tahap lama?
syukur Alhamdulillah..masih lagi kita bernafas pada udara yang sama..

wanita solehah?
aku melihat sebaris wanita-wanita solehah diluar sana.
mereka sangat hebat !
secantik dan semulus wajahnya.
mereka sangt hebat..
ramai mendambakan mereka..

sekali ku melihat mereka..
ku rasakan, layakkah aku menjadi wanita seperti mereka?
layakkah diri ini???
sedangkan diri ini masih lagi tidak layak..
untuk dikatakan wanita solehah.......

Monday, 21 January 2013

JaLan ku kini..

Assalamualaikum...
hari-hari yang dilalui penuh dengan liku-liku kehidupan.
tidak sedar masa aku sudah hampir dan tamat.
bukan bermakna aku akan berhenti untuk teruskan perjuangan..
tapi perjuangan ku tidak pernah berakhir.
mungkin apa yang aku cari selama ini sudah terjawab..
pencarian ku kini sudah berakhir..
semakin hampir mengejar apa yang aku cari selama ini.

ALLAH... nikmat yang Kau berikan pada ku
adalah nikmat yang paling besar yang aku pernah dapat selama ini.
Dalam perjuangan ku..
pencarian ku selama ini telah terjawab
dan tempohnya pun sudah hampir.
Moga aku sentiasa thabat dalam perjuangan.
Tidak pernah lalai dan gusar dalam teruskan perjuangan.

ALLAH.. aku sayang apa yang aku dapat sekarang.
Maka Kau jagalah mereka dengan sebaik-baiknya.
Rapatkan ukhwah kami ya ALLAH..
luruskan jalan kami ya ALLAH.
moga nanti, kami akan bertemu di taman-taman syurga..
Rasulullah s.a.w tersenyum melihat kami.
melihat umatnya berjuang dan menyambung rantain dakwahnya.

ya ALLAH.. jangan biarkan hati ini terus sedih..
maka permudhkanlah urusan ku nanti,
dalam meneruskan perjuangan ini..

kita bukan pemula dan pengakhiran.. kita adalah penyambung rantai dakwah ini.
ini baru permulaan.. perjuangan kita belum lagi berakhir.
maka serulah ke jalan jihad.
hidup mati mulia kerana Islam ...