Sunday, 25 November 2012

semEster baru, semester akhir :)

assalamualaikum.....
hari-hari yang sewaktu dengannya. Kalau tengok semester baru bermakna umur pun bertambah.
Bertambahlah umur ku 21 tahun. Bertambah angka satu di belakangnya. :)
Dulu waktu sekolah menengah dulu, paling di tunggu-tunggu umur 16 tahun !.
Kenapa? sebabnya belajar pun benda-benda yang baru" science stream" katakan. Huhu
konon cita-cita nak jadi doktor konon tapi agaknya tak masuk dengan jiwa kot.

Sekarang macam tak percaya.. umur ku kini akan meningkat 21 tahun. Kun fa ya kun!
mana mungkin kita tak percaya paa qada' dan qadar Allah kan?.
Semester baru akan bermula tak lama lagi. Dalam seminggu lagi.
Berdebar-debar jantung ini, nak masuk alam 20-an lah katakan !

#bermakna lepas ini banyaklah tanggungjawab aku !

sebagai seorang pelajar, seorang naqibah, seorang dai dan seorang anak !
ALLAH permudahkanlah..


Monday, 7 May 2012

seru ala barakatillah =)

assalamualaikum..
tinta blog ini sentiasa habis oleh penulis dia sendiri..
saya bukanlah penulis blog yang hebat. macam penulis-penulis blog yang lain.
Agaknya saya pun tidak sepuitis mereka yang menulis blog !
terutamanya macam blog sahabat saya nie !
http://dakwatputihdakwathitam.blogspot.com
sila tekan dan klik pada link tersebut !
memang best blog dia. Kalau part citer seram tu. memang menaik bulu roma teman nie hah ! hehe
* ekin ! aku tOlong pomote blog kau ~! hehe

okeyh! hari ini nak cerita pasal orang hebat-hebat.
lately nie, asyik terbayangkan orang yang hebat je.. teringin nak jadi macam tu..
tapi boleh ke ek? aku kan malu-malu aja ayam jer ! haha
siyes ! memang bangga sangat. Tambah yang aktif dalam bidang dakwah nie.
proud of them! memang teruja habislah !..

pertamanya memang minat giler ! over minatnya dengan tulisan ustaz Hasrizal.
ala.. yang tulis buku Aku Terima Nikahnya tuh.. tak tahu sebab pe..
lately nie, memang minat sangat dengan tulisan dia..
ustaz nie jenis lantang bersuara ! memang tak takut langsung kalau orang minat kat dia atau tak.
ade dia kesah? betOl tak ustaz? huhu..
ayat dia dalam bidang penulisan memang sinis. Kalau orang tak faham apa yang dia tulis memang akan terasa !

second, Hilal Asyraf ! hoho, yang nie memang menjadi idaman makcik-makcik nak buat menantu ! haha
buat pertama kalinya memang tak kenal pun dia ni siapa? tapi oleh kerana ada seorang sahabat saya memang minat benO dengan Hilal Asyraf nie ! so, saya pun gOogle la kat FaceBook tu hah. ! hah jumpe la Hilal Asyraf nie ! sekali tengok, apa yang menariknya tentang Hilal Asyraf nie? biase je pun. Semakin hari, saya sentiasa follow up dia ! woooo! hebat juga dia nie ! memang hebat !! *tudiaa..banyak sangat tanda serunye ! huhu.. apa yang best sangat dia nie? dia antara insan-insan yang terpilih oleh Allah untuk menjadi khalifah yang hebat. Seriusly, memang perjalanan hidup dia, sentiasa belajar dengan orang yang lebih tua. Sepanjang hidup dia, tak pernah pun buang masa. Sentiasa dengan tafsir al-Quran. Hebatkan?.

Third, Naqibah saya :). Allah pertemukan saya dengan seorang akak nie..setelah saya mencari hidayah milik ALLAH. ! syukur Alhamdulillah ! saya memang bangga dengan akak nie. Setiap patah apa yang dia cakap penuh dengan semangat ! semangat dia tu boleh terasa. Tak pernah kenal erti penat dalam menggerakkan kerja dakwah ! Dia selalu bagi nasihat kat saya, dek ! jangan futur dalam jalan dakwah nie..kita akan sentiasa diuji dengan mehnah dan tribulasi.
syukran kak ! kerana pilih saya menjadi adik usrah mu =) sungguh terharu dan rasa syukur tak terhingga !


Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan
amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya,
sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya,diberi pahala akan amal usahanya.


Bukankah kita pun terpilih untuk menjadi Khalifah ALLAH yang hebat disisiNya?
kenapa tidak sekarang kita menilai diri kita?
jangan tunggu ! jangan mengelamun dengan hiburan dunia.jangan leka ! jangan terpedaya.
Jadi lah insan yang sentiasa menghargai masanya !
kamu nak jadi hebat? saya pun nak hebat juga !
seperti Imam Hasan Banna berkata
‎"sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.."
Harapan dan berdoa, moga kita juga menjadi khalifah yang hebat disisiNya !
ayuh mulakan ! seru ALA BARAKATILLAH !!!!



Wednesday, 2 May 2012

bernikah diatas jalan dakwah =)

assalamualaikum...
sudah lama rasanye tidak singgah di blOg " sangkar emas " ini..
bagaimana iman kalian?
bagaimana amalan kalian? meningkat?
insyallah.. moga-moga segala amaln dan ibadah kita akan sentiasa meningkat..

nak shared sumting ! amat menarik perhatian saya..agak2 korang pon nak sweet2 mcm 2 kan? hehe


tu diaaa... hehe.. nie adalah al-akh Hafez Sabri dengan zaujahnya..
setengahnye mungkin akan kenal, kalau pernah dengar ceramah ustaz Hafez nie.
kalau nak diikotkan, ustaz Hafez nie juga adalah qudwah saya untuk menggerakkan dakwah.
Bersemangat kalau dengar ceramah ustaz Hafez nie.. dan tiada bermasalah bagi seorang anak muda nak gerakkan Islam ! sebab itu saya bangga dengan dia =) 

nak tau ape yang sweetnye? 
Saya amat menyedari bahawa peranan keluarga Islam (Baitul Muslim) di dalam gerakan Islam amatlah besar, justeru dalam program2 tarbiyah dakwah dan siasah yang sy hadiri InsyaAllah sy akan bawa isteri bersama,tujuannya adalah utk memastikan rumahtangga yg dibina sentiasa dalam redha Allah dan memelihara agar kesinambungan Dakwah sentiasa kukuh dalam rumahtangga,insyaAllah saya akan tetap istiqamah dgn prinsip yg saya pegang selama ini, iaitu " Di jalan dakwah aku bernikah", moga Allah terus memberikan tarbiyah buat diri ini untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam, doakan ya teman2 ;). P/S: Gambar bersama isteri dalam BERS√H 3.0 baru2 ini, perjuangan adalah perlaksanaan kata2 :)

itu adalah kata-kata dari ustaz Hafez.kalau nak cari calon suami, biarlah sama-sama faham tentng Islamsama-sama tahu akan kepentingan Islam.Itulah adalah pentingnya Baitul Muslimdan matlamat Baitul Muslim yg sebenar.# Ya ALLAH moga nanti aku juga dapat membina sebuah baitul Muslim yang diimpikan selama ini.Doa2kan yer teman2 =)

Tuesday, 17 January 2012

impian saya :)

Assalamualaikum,
semoga sentiasa berada dalam rahmat ALLAH hendaknya ^^,

baru jer lepas edit2 gambO..hehe
edit2 macam banyak je bunyinyekan?
sebenarnya nak bagitau..
setiap orangkan punya impian, cita-cita dan matlamat.
tipulah kalau yang tak de impian tu kan..
bukan namanya manusia jika tiada impian..

hah..nampak tak?
disebalik bawahnya "buku"..sebenarnya takde fuction pun buku 2..hehe
sambUng balik ---> ada penanda buku..
penanda buku tu, kawan saya yang bagi..
eceee..beruntung tau penanda buku tu memang dari JORDAN..
nak diceritakanlah..
apa kene mengena dengan impian, cita-cita dan penanda buku?
itulah cita-cita dan impian saya..eh bukannya impian dan cita-cita penanda buku..haha
impian dan cita-cita saya adalah sambung degree insyallah ke JORDAN..

dah lame dah simpan dan pendam perasaan ku ini menjejaki bumi Anbiya'..
kalau ada rezeki, tak ke mana kan? ye dak?
bukan ke JANJI ALLAH itu pasti? 
erm..kalau diikotkan mak dgn abah memang tak bagi pergi jauh2..
tapi selalu gOsok2 mak, " mak, kami nak pi blaja ke JORDAN".
agaknye selalu sgt disOgok2 bagai, akhirnya mak pon kata, "hah pi ja lah".
YES2!! tapi......abahhhhh~ huu.. ( paham2 jela jawapannya ).

itu satu impian yang tk pernah padam..tapi saya ada lagi satu impian
nak tau?
nie adalah impian ku juga..
sebenarnya kalau perubahan yang besar tu takut nak berubah.
sebabnya dia perlukan mujahadah yang sangat kuat..
kalau tak fitnah akan berlaku..
bila agaknya kan? diri ini masih tak kuat lagi..
ada satu pesanan "Nak pakai niqab? Pun boleyy~ Tapi tapi tapi! Tapi kena ingat, sebelum pakai niqab, kena mujahadah diri dulu. Kena betul2 kuat utk istiqamah akhlak diri, kena betulkan salah silap diri, kena muhasabah diri betul2 dulu. Perlu persediaan betul2 dulu. Jangan lepas berniqab, baru nak berubah. Konsep yg salah tu. Konsep betul, bertaubat dulu, ubah diri dulu dan istiqamah dulu. Kemudian, berniqablah."

Niqabkan diri, iman dan taQwa <3



*doa2kan semuanya tercapai..sama2 kita mencapai mardhatillah illahi :)