assalamualaikum w.b.t
semoga berada dalam rahmat ALLAH s.w.t hendaknya
Alhamdulillah, terpanggil menggantikan kawan untuk menjadi fasilitator sesi jun hari tu.
nak di ceritakan banyak pengalaman yang dapat melalui minggu orantasi untuk adik-adik yang baru.
semuanya mengajar erti untuk mendidik seseorang menjadi biah yang soleh dan solehah.
melalui proses minggu orantasi, pentarbiyahan mendidik seorang mahasiswa
mengikut acuan alquran bukannya mudah.
tetapi alhamdulillah, setakat yang kami termampu sahaja lakukan..
bukan senang nak mendidik seseorang itu, bukankah hidayah itu milik ALLAH?
dalam masa seminggu untuk mendidik adik-adik memang payah.
ada yang bukan datangnya dari sekolah agama.
pasti terkejut dengan pendekatan yang kami lakukan itu.
buat para muslimat:
"ish kenapa kene pakai stoking?"
" kenapa kene pakai sarung tangan?"
"labuhnya tudung nie, boleh buat baju".
semuanya untuk mendidik adik-adik supaya terjaga masa diluar nanti.
bukan untuk memaksa adik-adik untuk memakai apa yang kami suruh.
tapi banyak kebaikan yang akan perolehi.
percayalah pada syariat yang ALLAH tetapkan itu.
dan kemudian selepas seminggu daripada orantasi.
masyallah..adik-adik ku masih terlena lagi.
dan aku sebagai fasi mereka, merasa sedih tak dapat mendidik mereka yang sepatutnya.
tak pe! tak pe! pelan-pelan yer dik..
akak sentiasa doakan yang terbaik buat kamu semua.
Buat anak-anak buah ku,
akak pernah nangis depan kamu semua kan? hehe semua terkedu.
akak terharu, bila akak nampak semuanya tunggu akak untuk makan.
dan akak tengok, makanan akak pun ada sekali.
betapa terharunya akak masa itu tau..
tetiba akak sedih sgt, " ya ALLAH kalau bukan aku tak berjaya merubah mereka, maknanya aku gagal".
tersentuh hati melihat wajah-wajah yang perlukan sinar Islam.
buat Fatiyyah,akak tak sempat nak kata apa-apa pada kamu.
kamu dah pindahkan? jaga diri baik-baik. semoga ingat pesanan-pesanan akak.
buat Athirah:, semoga berjaya menjadi seorang muslimah sejati.
p/s: aku sentiasa mendoakan kalian semua..
Saturday, 12 November 2011
merajuk kah hati?
Assalamualaikum w.b.t
semoga berada dalam rahmat ALLAH s.w.t hendaknya
hari ini hujan sepanjang hari..bermula daripada pagi tadi sampai ke petang.
alhamdulillah, rahmat ALLAH untuk hambanya.
sejak semalam lagi, hati ini tak tenang-tenang.
seakan-akan mencari sebuah jawapan yang tak pasti.
dah lama agaknya hati ini tidak diuji oleh Allah.
kemudian ujian datang menyapa.
untuk menguji lagi hambaNya..
Hati merajuk?
merajuk pada siapakah hati ini?
terasa sakit juga dibuatnya.
bagaikan sang pemilik hati tidak mampu menahan sakitnya
adakah merajuk pada Sang Pencipta hati?
kerana tidak boleh menerima tetapan yg Allah buat?
astagfirullahal azim..
ya ALLAH, jauhkanlah aku daripada bersangka buruk padaMu.
aku selalu yakin pada janji-janji Mu..
janji-janji Mu adalah yang pasti..
jauhkan aku daripada kecewaan.
relakan hati aku
bukan jodoh aku agaknya.
walaupun nanti aku setia menanti..
namun aku masih mengharap
agar impian aku menjadi kenyataan..
andainya nanti bukan itu yang aku harapkan.
aku rela undur diri..
kerana itu bukannya milik ku..

Thursday, 10 November 2011
rahsia hati hanya Kau yang Tahu :)
assalamualaikum w.b.t
semoga semuanya berada dalam rahmat Allah hendaknya :)
tetibe malam nie terpanggil untuk menulis something diblog usang ini..hehe
"RAHSIA HATI HANYA KAU YANG TAHU"
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini,
yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan,
binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).(3:14)
setiap manusia diciptakan oleh sang penciptaNya fitrah untuk saling cinta mencintai dan sayang-menyayangi.
tak dinafikan lagi sedangkan Adam pun sunyi tanpanya Hawa disisi..
tapi sejauh mana rasa cinta itu dibawa?.dan sejauh mana manusia itu menzahirkan rasa cintanya itu?
hanya si pemilik yang tahu bagaimana nak mewarnai rasa cintanya itu.
Memang kalau sudahnya namanya bercinta akan dapat penyakit mabuk rindu,kan?
sepertinya penyair arab mengunkap indah,
dia jatuh cinta sampai dimabuk rindu,ingin rasanya terbebas
namun tidak kuuasa, dia lihat laut g dikiranya tak dalam
namun ketika masuk ke dalamnye tenggelam
Subhanallah!! betapa hebatnya kuasa cinta itu..sampaikan laut yang dalam dikatakannya cetek..
kalau bukan kita yang kawal perasaan kita sendiri..mungkin kita juga sama seperti penyair arab tersebut.
bahaya juga bila terkena virus cinta ini..bukan kita yang mengawal cinta tapi cinta yang mengawal kita.
eh sebenarnya dah lari daripada topik nie..haha !!
rahsia hati kita siapa yang tahu? melainkan ALLAH s.w.t jer yang tahu kan..
sebenar-benarnya naklah cerita hati kita nie masih milik ALLAH lagi..
walaupun korang heboh satu dunia pon " aku dah ade pakwe", "aku dah ade makwe".
tapi hakikatnya dan realiti yang sebenarnya kita mencipta satu cerita dongengan..
dan ALLAH telah rencana yang hebat untuk kita..
cuma sekarang kita perlu sabar dan berdoa, agar diberikan jodoh yang baik2 aje..
sepertimana seorang wanita telah berdoa dihadapan rumah ALLAH
"ya ALLAH, aku ingin nanti pendamping hidup aku seperti itu"..
dan hanya ALLAH s.w.t menjadi saksi pengakuan wanita itu..
dia pasti dan yakin dengan janji-janji ALLAH s.w.t kepada hambaNya..
sebabnya hanya ALLAH saja yang tahu isi hati wanita tersebut..
semoga "dia" nanti akan mendi pelengkap rusuk wanita tersebut.
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi dia amat baik bagi kamu
padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak ketahui" al-baqarah:16
*si adam itu tak adelah kacak sgt janji ada rupa,
*tapi si hawa tidaklah melihat paras rupa tapi agama yang ada padanya
*pandai memimpin dan menguruskan diri
*bertanggungjawab
*yang penting dia akan menjadi seorang imam dan si hawa pula sebagai makmunnya
" ya ALLAH..kuatkan kami bermujahadah,
mendamba cinta Mu yang terindah,
cinta manusia adalah wasilah,
Menagih rahmat dan maghfirah,
Ya allah..jangan biarkan ikatan kami dicemari,
dengan maksiat nan keji,
permudahkanlah urusan kami,
memeterai sebuah janji".

Tuesday, 8 November 2011
yang penting usaha :)
assalamualaikum w.b.t.
semOga semuanya berada dalam rahmat ALLAH hendaknya ^^,
hari nie sudah masuk 9 aribulan 11 tahun 2011
lagi berapa hari lagi nak masuk kolej kan?
tinggal 4 hari lagi akan bermanja-manja di rumah :(
pada 14 haribulan 11 tahun 2011 ( hari Isnin ) pula adalah hari yang erkk !!
Ambil result !!!
sangat takut..tak pernah rasa takut mcm nampak hantU !
sebab semester 3 kalau nak diikotkan macam-macam dah banyak berlaku.
tapi rasanya bukan menganggap itu sebagai satu musibah malah merupakan hadiah daripada ALLAH..
i Love ALLAH very much :)
berbalik pada cerita semester 3, yang paling sedihnya satu apa carry mark tak tahu.
macam manalah perasaan yg gundah gulana sebab kita rasa tak yakin apa yang dijawab..
kalau diikotkan semester 3 yg lepas tak adalah subjek banyak sangat.
tapi yang tak banyak itulah susah kita nak target subjek apa yang kita boleh !
harap-harap tak banyaklah jatuh pointer untuk semester lepas..
macam yang semester-semester yang lepas juga..target tak banyak cuma 3 pointer pon jadilah..
jadi untuk subjek-subjek:
mudah-mudahan semuanya lulus ya ALLAH. 3 pointer and abOve pon jadilah :)
**saya selalu ingatkan diri saya, ALLAH TAK MELIHAT HASILNYA TP ALLAH LIHAT USAHA KITA

| academic English |
| Usul Fiqh |
| Fiqh Munakahat |
| Usul Tafsir |
| Mustolah Hadith |
| Bahasa Arab II |
mudah-mudahan semuanya lulus ya ALLAH. 3 pointer and abOve pon jadilah :)
**saya selalu ingatkan diri saya, ALLAH TAK MELIHAT HASILNYA TP ALLAH LIHAT USAHA KITA
Saturday, 5 November 2011
kamu tak tahu, saya baru tahu :)
Assalamualaikum w.b.t
semoga berada dalam rahmat ALLAH sentiasa hendaknya ^^,
hari ini berapa hari bulan Islam yer anak-anak? Jawapan: 9 Zulhijjah ustazah ( waa sungguh terharu )
kita tinggalkan tarikh Masihi, sekarang ini Moh ler kita ingat pula bulan-bulan Islam ini
kerana banyak kelebihannya pada bulan-bulan Islam yang kita tak tahu, betOl tak? baik mengaku, cepat !
Antaranye ialah dalam bulan Zulhijjah itu sendiri mempunyai banyak kelebihan.
sebagai contohnya:
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas RA bahawa Baginda Nabi SAW bersabda:
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar RA bahawa Baginda SAW bersabda:
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir RA bahawa Baginda SAW bersabda :
“Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.
JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA.
Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.
Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :
“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Dari Abu Sa’id al Khudri RA berkata : ‘Rasulullah SAW bersabda :
“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir pada-Nya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :
“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah RA kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu”.
Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’mat-Nya menghidayat kamu)”.
Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.
Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah RA, Baginda Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).
Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca Al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
Keenam: Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malamterutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.
Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim AS setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah RA bahawa Nabi SAW bersabda :
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya:
“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.
Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Subscribe to:
Comments (Atom)