Saturday, 12 November 2011

sebuah harapan;

assalamualaikum w.b.t
semoga berada dalam rahmat ALLAH s.w.t hendaknya




Alhamdulillah, terpanggil menggantikan kawan untuk menjadi fasilitator sesi jun hari tu.
nak di ceritakan banyak pengalaman yang dapat melalui minggu orantasi untuk adik-adik yang baru.
semuanya mengajar erti untuk mendidik seseorang menjadi biah yang soleh dan solehah.
melalui proses minggu orantasi, pentarbiyahan mendidik seorang mahasiswa
mengikut acuan alquran bukannya mudah.
tetapi alhamdulillah, setakat yang kami termampu sahaja lakukan..

bukan senang nak mendidik seseorang itu, bukankah hidayah itu milik ALLAH?
dalam masa seminggu untuk mendidik adik-adik memang payah.
ada yang bukan datangnya dari sekolah agama.
pasti terkejut dengan pendekatan yang kami lakukan itu.

buat para muslimat:
"ish kenapa kene pakai stoking?"
" kenapa kene pakai sarung tangan?"
"labuhnya tudung nie, boleh buat baju".

semuanya untuk mendidik adik-adik supaya terjaga masa diluar nanti.
bukan untuk memaksa adik-adik untuk memakai apa yang kami suruh.
tapi banyak kebaikan yang akan perolehi.
percayalah pada syariat yang ALLAH tetapkan itu.

dan kemudian selepas seminggu daripada orantasi.
masyallah..adik-adik ku masih terlena lagi.
dan aku sebagai fasi mereka, merasa sedih tak dapat mendidik mereka yang sepatutnya.
tak pe! tak pe! pelan-pelan yer dik..
akak sentiasa doakan yang terbaik buat kamu semua.

Buat anak-anak buah ku,
akak pernah nangis depan kamu semua kan? hehe semua terkedu.
akak terharu, bila akak nampak semuanya tunggu akak untuk makan.
dan akak tengok, makanan akak pun ada sekali.
betapa terharunya akak masa itu tau..
tetiba akak sedih sgt, " ya ALLAH kalau bukan aku tak berjaya merubah mereka, maknanya aku gagal".
tersentuh hati melihat wajah-wajah yang perlukan sinar Islam.

buat Fatiyyah,akak tak sempat nak kata apa-apa pada kamu.
kamu dah pindahkan? jaga diri baik-baik. semoga ingat pesanan-pesanan akak.
buat Athirah:, semoga berjaya menjadi seorang muslimah sejati.

p/s: aku sentiasa mendoakan kalian semua..

No comments:

Post a Comment