Assalamualaikum w.b.t
semoga berada dalam rahmat ALLAH s.w.t hendaknya
hari ini hujan sepanjang hari..bermula daripada pagi tadi sampai ke petang.
alhamdulillah, rahmat ALLAH untuk hambanya.
sejak semalam lagi, hati ini tak tenang-tenang.
seakan-akan mencari sebuah jawapan yang tak pasti.
dah lama agaknya hati ini tidak diuji oleh Allah.
kemudian ujian datang menyapa.
untuk menguji lagi hambaNya..
Hati merajuk?
merajuk pada siapakah hati ini?
terasa sakit juga dibuatnya.
bagaikan sang pemilik hati tidak mampu menahan sakitnya
adakah merajuk pada Sang Pencipta hati?
kerana tidak boleh menerima tetapan yg Allah buat?
astagfirullahal azim..
ya ALLAH, jauhkanlah aku daripada bersangka buruk padaMu.
aku selalu yakin pada janji-janji Mu..
janji-janji Mu adalah yang pasti..
jauhkan aku daripada kecewaan.
relakan hati aku
bukan jodoh aku agaknya.
walaupun nanti aku setia menanti..
namun aku masih mengharap
agar impian aku menjadi kenyataan..
andainya nanti bukan itu yang aku harapkan.
aku rela undur diri..
kerana itu bukannya milik ku..
No comments:
Post a Comment